TEMA : PATRIOTISME, KEWARGANEGARAAN DAN JATI
DIRI
TAJUK : PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN)
BERTUJUAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA.
HURAIKAN.
Program Latihan
Khidmat Negara merupakan hasil cetusan idea daripada Kongres Patriotisme 2002.
Pada mulanya ia dikenali sebagai kerahan tenaga, namun selepas mendapat
pandangan daripada beberapa pihak, ianya ditukar kepada program Khidmat Negara.
Akhirnya pada tanggal 16 Februari 2004 PLKN telah dilancarkan. PLKN berbeza dengan
kerahan tenaga kerana PLKN menggunakan acuan sendiri yang disesuaikan dengan
keadaan social, budaya dan ekonomi nega kita yang tercinta. Ini kerana PLKN ini
mencakupi 30 % latihan ala tentera dan 70 % khidmat kepada masyarakat.
Program ini
mensasarkan remaja lepasan SPM , dalam mengurangkan gejala negatif yang semakin
menular dan menghidupkan semula semangat patriotisme yang kian pudar. Ini disebabkan oleh perubahan masa, yang mana
anak watan sekarang kurang mengerti erti kesusahan dan penderitaan orang-orang
terdahulu memperoleh kemerdekaan dan mencetus kemajuan negara Malaysia yang
tercinta. Persoalannya, bagaimanakah PLKN boleh memupuk semangat patriotisme?
Kerajaan telah
merancang dengan teliti segala pendekatan dan kaedah yang bersesuaian, iaitu
mereka telah membina modul Kenegaraan, Buktinya, menurut Jabatan Latihan
Khidmat Negara, sebanyak 82% remaja memiliki semangat patriotism dan jati diri
yang tinggi selepas menamatkan sesi Kem PLKN. Modul Kenegaraan ini sebenarnya
berkait rapat dengan hal-hal kerajaan, kedaulatan Negara dan cabaran yang bakal
mereka hadapi dari dalam dan luar negara.
Program Latihan Khidmat Negara bakal
melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air. Golongan muda hari ini sudah
pudar semangat cinta akan air kerana kemewahan hidup, keamanan, dan kemudahan
yang cukup, telah melalaikan mereka. Oleh itu semangat cinta akan tanah air
perlu diterapkan dengan kaedah yang lebih berkesan supaya jiwa golongan remaja
kembali diisi dengan semangat patriotisme yang tinggi, bak kata pepatah
melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, program ini merupakan satu kaedah
yang sesuai untuk melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air.
Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara. Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti. Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan kepimpinan negara pada masa hadapan.
Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara. Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti. Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan kepimpinan negara pada masa hadapan.
Jika ditinjau dari
sisi lain, program ini melibatkan pelbagai kaum, yang mana dapat memperkukuhkan
integrasi nasional. Ini bagi memastikan fenomena hitam, iaitu tragedi 13 Mei
tidak akan berulang lagi. Perhimpunan anak muda dari pelbagai latar belakang sosial
dan agama ini merupakan satu wadah menyuburkan semangat perpaduan dan sayangkan
tanah kelahiran mereka. Ini kerana mereka akan bersama menjalankan aktiviti dan
tinggal di bawah satu bumbung dan ditanak dengan sikap saling
hormat-menghormati antara satu sama lain. Ini mengingatkan saya kepada slogan
Bersatu Teguh Bercerai Kita Roboh.
Program Latihan Khidmat Negara akan membentuk disiplin dalam kalangan peserta iaitu golongan remaja. Program ini dikendalikan dalam bentuk separa ketenteraan serta menerapkan sebahagian cara hidup seorang anggota pasukan keselamatan. Disiplin yang agak ketat bakal membentuk masyarakat yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada mereka, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah bentuknya. Masyarakat yang memiliki disiplin yang baik, bakal mengurangkan masalah kerajaan dalam menangani gejala sosial, seperti penagihan dadah, gangsterisme, buli, peras ugut, dan sebagainya. Golongan remaja perlu diterapkan dengan disiplin yang baik kerana mereka sering terdedah kepada unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh yang tidak sihat, Jadi, program berkenaan dapat membentuk remaja dengan disiplin yang utuh.
Program Latihan Khidmat Negara juga akan mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Gejala sosial berlaku apabila golongan remaja menghabiskan waktu dengan cara melepak bersama-sama rakan di tempat-tempat awam. Remaja lepasan sekolah biasanya mempunyai masa terluang yang banyak sementara menanti peluang melanjutkan pelajaran atau memenuhi pasaran kerja. Oleh yang demikian, mereka memerlukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan masa diisi dengan berfaedah sebelum mereka terjerumus ke kancah gejala sosial yang lebih parah, atau sebelum kudis menjadi tokak. Dengan adanya program ini, golongan remaja yang terpilih akan ditempatkan di kem latihan sepenuh masa selama tiga bulan. Oleh itu pergerakan mereka akan terhad di sekitar kawasan yang dikhususkan kepada mereka. Peserta tidak dibenarkan keluar dan menghabiskan masa di luar tanpa tujuan. Hasilnya, gejala sosial dapat dibendung dengan jayanya jika golongan remaja menyertai program berkenaan.
Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja.
Deduksinya, PLKN seharusnya diteruskan, kerana ianya
memberi banyak manfaat kepada golongan
muda, khususnya dan rakyat jelata, umumnya. Tonggak Negara perlu dibentuk
dengan dengan jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi bagi memenuhi
aspirasi Negara dan meneruskan kelangsungan sebuah n egara merdeka yang
berdaulat.
No comments:
Post a Comment