-Mukhlis-
...............................................................................................................................................
TRANSFORMASI NASIONAL
MENJANA NEGARA MAJU LESTARI
...............................................................................................................................................
Transformasi Nasional 2050 (TN50)
adalah satu program futuristik. Ia adalah kesinambungan Wawasan 2020, menjadi negara maju berasaskan acuan
sendiri.
Kemajuan 30 tahun akan datang akan
melonjakkan kualiti manusiawi yang menitik beratkan hak asasi manusia agar kita
dapat membezakan watak manusia dan haiwan, seterusnya mengurangkan krisis
kemanusiaan dan alam sekitar.
Kemajuan Sains dan teknologi pula
akan di dasari dengan Al-Quran dan ilmu agama agar bidang ini tidak lagi
disalah guna. Dalam pada itu mengikis pandangan generasi Y dan Z tentang
sekularisasi dan kewujudan teknologi sebenarnya bukan dari barat tetapi dari
ketamadunan Islam yang lestari.
Malaysia juga bakal menjadi model
Negara Islam yang mengaplikasi indeks pematuhan syariah dalam urusan
pengeluaran , pemasaran dan jual beli. Sekali gus menghindari rasuah.
Dalam pembangunan sumber daya insan,
Malaysia bakal memperbanyakkan pembangunan imtiaz, ululalbab, Maahad Tahfiz dan
bakal dibina Kolej Universiti Al-Quran bertaraf antarabangsa. Ia bakal menarik
minat generasi Y dan Z terhadap Al-Quran dan pendididkan agama yang dilihat
sebagai penyelesaian dalam pelbagai masalah.
Dalam memiliki kualiti ilmu yang
mantap, para pendidik tidak lagi berfokus kepada pemajuan akal fikiran,
sebaliknya memajukan akal budi demi kesejahteraan masa depan umat Islam dan
manusia keseluruhan.
Nukilan : Muhammad Shakir Mukhlis Bin Shukran
SK Bandar Pusat, SKK. KPM.
No comments:
Post a Comment