TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
TAJUK : JOM FIT 1 MALLAYSIA MERUPAKAN SATU
PROGRAM KECERGASAN SECARA BERKUMPULAN YANG MENDATANGKAN PELBAGAI FAEDAH.
HURAIKAN
Jom Fit 1 Malaysia adalah satu program yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk menggalak dan memudahkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, adalah menjadi aspirasi kementerian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan – sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan sukan di persada antarabangsa. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersenam agar sentiasa sihat. Aktiviti-aktiviti menarik seperti senamrobik, larian, berbasikal dan pelbagai lagi telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara.
Bagaimana lahirnya Fit Malaysia?. Ini adalah hasil daripada kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat
Dalam Sukan 2009. Ia mendedahkan kepada kita bahawa tahap budaya sukan dalam
kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah iaitu sekitar 30 peratus berbanding
dengan kesedaran rakyat di negara-negara maju. Kajian ini dikuatkan lagi dengan
peningkatan kadar obesiti dalam kalangan rakyat khususnya kaum wanita pada masa
itu.
Meskipun secara umum, rakyat Malaysia berminat dan
mengambil peduli tentang perkembangan pasukan kebangsaan serta sukan komersial
antarabangsa, namun penglibatan masyarakat dalam bidang sukan kurang
memberangsangkan.
Menyedari perkembangan kurang baik ini, Kementerian
Belia dan Sukan telah melancarkan sebuah gerakan besar-besaran di seluruh
negara yang dinamakan sebagai Fi tMalaysia. Tujuan utama kempen ini adalah untuk
membawa Malaysia daripada sebuah negara pencinta sukan kepada negara bersukan,
selain mendidik lebih 28 juta rakyat untuk membuat perubahan menyeluruh
terhadap gaya hidup yang diamalkan selama ini.
Umumnya, masyarakat mempunyai persepsi bahawa
amalan kecergasan dan bersukan hanya tertumpu kepada atlet dan golongan
tertentu. Tahap kesedaran untuk mengamalkan rutin dan pemakanan yang sihat amat
rendah berikutan komitmen terhadap pekerjaan, keluarga dan faktor usia.
FitMalaysia memberi fokus bukan sahaja terhadap
amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk
bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat melalui penganjuran aktiviti
berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal, berlari, berjalan
dan bersenam secara mingguan.
Bukan itu sahaja, pendekatan Fit Malaysia lebih
bersifat komuniti sentral di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak semestinya
memerlukan fasiliti atau peralatan khusus tetapi boleh dilakukan pada bila-bila
masa sama ada berseorangan atau berkumpulan. Malah, ia juga tidak memerlukan
masa yang lama serta kos tinggi.
Pada kempen itu, selain acara larian dan kayuhan
basikal, terdapat pelbagai aktiviti riadah lain yang diadakan seperti
senamrobik, papan selaju, seni mempertahankan diri dan berkasut roda yang turut
disertai oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20140913/rk_02/FitMalaysia-pemangkin-negara-bersukan#ixzz4fG9xpOfk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Namun masa kian berubah, sejajar dengan program Fit Malaysia,bersenam
dan bersukan telah menjadi “trend” masa kini kepada semua masyarakat di
Malaysia . Terdapat pelbagai jenis senaman dan aktiviti sukan seperti “sit –
up”, berbasikal, “jogging”, bermain badminton dan lain – lain lagi. Namun begitu,
ada juga segelintir rakyat Malaysia yang hanya memandang ringan dan tidak ambil
peduli tentang kepentingan aktiviti senaman ini. Di bawah ini saya sertakan beberapa
kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian.
Kepentingan yang
pertama ialah, dengan bersenam kita dapat mengisi masa lapang yang ada. Selain
itu, bersenam juga boleh dijadikan sebagai hobi. Contohnya, jika kita mempunyai
kelapangan masa, kita boleh melakukan aktiviti bersenam di gimnasium, taman –
taman yang berdekatan dengan rumah dan sebagainya. Namun begitu, jika kita
mempunyai jadual kerja atau jadual harian yang ketat, kita boleh melakukan
senaman ringan seperti aktiviti regangan badan yang berupaya memberikan
kelegaan setelah penat bekerja seharian. Di samping itu, senaman juga dapat
menghindarkan kita daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral dan
tidak sihat. Tambahan lagi, bersenam dapat membentuk kita menjadi lebih
berdisiplin kerana setiap senaman menpunyai urutan langkah yang tertentu, jadi
kita perlu mengikut langkahnya satu – persatu supaya senaman tidak mendatangkan
kecederaan kepada kita.
Kepentingan bersenam yang kedua ialah dapat
merapatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, rakan dan masyarakat
sekeliling. Seperti yang kita tahu, semua orang amat sibuk pada hari bekerja
dan kadang – kadang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan yang
tercinta. Dengan melakukan aktiviti bersenam bersama – sama pada hujung
minggu, hubungan yang renggang itu tadi
akan kembali erat. Contohnya, kita boleh melakukan aktiviti “jogging” bersama
keluarga atau rakan – rakan di taman rekreasi. Tambahan lagi, kita berkongsi
kemudahan alatan senaman di taman rekreasi dengan masyarakat sekeliling. Dengan
itu, kita boleh berkenalan dan beramah – mesra bersama mereka.
Kepentingan yang ketiga ialah, aktiviti senaman ini
juga dapat menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas. Contohnya, setiap kali
kita melakukan senaman, badan kita akan mengeluarkan peluh. Secara tidak
langsung, garam yang berlebihan didalam badan dapat dikeluarkan. Selain itu,
bersenam juga dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kita dapat
meningkatkan daya tahan kardivaskular dengan melakukan aktiviti larian seperti
“jogging” dan lari jalan kaki. Oleh itu, kesihatan jantung kita akan sentiasa terjamin
jika kita kerap melakukan senaman ini. Selain itu bagi kaum wanita, senaman
juga boleh membentuk tubuh badan yang langsing dan fleksibel. Wanita perlu menjaga badan dan kesihatan
masing – masing supaya rumah tangga aman bahagia dan dapat menjaga orang lain
dengan sempurna.
Selain daripada itu Sukan sudah menjadi satu gerakan sosiobudaya
yang agak penting di setiap negara moden hari ini.Sukan termasuklah olahraga
dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental
seseorang.Sukan juga dapat memupuk semangat kesukunan.Selain itu, sukan dapat
mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.Dasar Sukan Negara yang digubal
jelas menunjukkan kepentingan bidang sukan kepada negara.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan
insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota
badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap
dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu
proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat
menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak
kata pepatah "otak yang cergas terletak pada badan yang sihat".
Dengan badan sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan
dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.
Menurut pandangan Islam tentang bersenam dan bersukan pula
adalah
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas nas berikut:-
1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat.
Firman Allah swt: �Dan hendaklah kamu bersedia untuk
berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan�� (60 : al-Anfal)
2) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan
sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis yang bermaksud: �Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw
bersabda � Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi
Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu
kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah
saw bertanya � Kenapa kamu tidak memanah?� Bagaimana kami hendak memanah
sedangkan kamu bersama mereka?� Nabi saw menjawab �Memanahlah, aku bersama kamu semua.� (Hr Bukhari � sahih)
Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang betapa
pentingnya aktiviti bersenam kepada manusia. Tambahan lagi, sekarang ini di
Malaysia sudah ramai orang yang menghidap obesiti kerana faktor pemakanan.
Dengan itu, aktiviti bersenam ini juga boleh dijalankan untuk mengurangkan
masalah obesiti di samping mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika
semua masyarakat bersenam, maka otak akan menjadi cerdas, hasil daripada tubuh
badan yang sihat dan cergas.
Kesimpulannya, program Fit Malaysia adalah bersifat
serampang dua mata, iaitu walaupun pada asalnya ia adalah untuk melahirkan
generasi yang cergas dan cerdas, namun kini hasilnya telah dapat dilihat
seperti Malaysia telah menghasilkan atlet paralimpik bertaraf dunia dan pelumba
basikal seperti Azizul Hasni. Mungkin suatu hari kita mempunyai lebih ramai
atlet bertaraf dunia.
Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti
berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun
tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan: �Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik,
luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus
diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram
melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama
berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh
lelaki yang bukan mahram.
No comments:
Post a Comment