KRITERIA TOKOH NILAM



 











KRITERIA PEMILIHAN PESERTA PEMILIHAN 
TOKOH  NILAM NEGERI

BTPN Pahang
















KRITERIA PEMILIHAN PESERTA

  • Murid tahun 5 sekolah rendah dan murid tingkatan 4 sekolah menengah yang telah melibatkan diri dalam Program NILAM.

  • Telah mencapai Tahap Jauhari NILAM iaitu telah membaca lebih 360 buah buku bagi sekolah rendah dan membaca lebih 288 buah buku bagi sekolah menengah dan sekurang-kurangnya mendapat markah minimum 50 markah di Tahap Rakan Pembaca.

  • Dibuktikan melalui salinan perakuan Pencapaian Program NILAM Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca dari sekolah /  Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang / Jabatan Pelajaran Negeri Pahang serta buku rekod bacaan yang dibawa bersama. Panel negeri untuk Pemilihan Tokoh NILAM akan dilantik untuk menyemak rekod bacaan murid yang perlu dibawa bersama ke hari pertandingan.

  • Menyediakan profil diri masing-masing beserta salinan sijil pencapaian akademik dan pencapaian dalam aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diceburi beserta dengan dokumen sokongan.

  • Mempunyai kecekapan dan keyakinan bila diusulkan pelbagai soalan berkenaan bahan bacaan yang telah dibaca.

  • Memahami isi pembacaan teks yang ditentukan oleh panel penilai / hakim.


  • Pastikan borang BTP/PSP-NILAM 01 - Pencalonan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Pahang dilengkapkan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment

Johan Tokoh NILAM Daerah Maran (BMSR) -2017 dan

 27 Julai 2017, PKG Bandar Jengka. Sekali lagi anak didikku Muhamad Nazrul (Johan BM SR) Muhammad Hafiz (Naib Johan BM SR). Beliau telah ber...