27 Julai 2017, PKG Bandar Jengka. Sekali lagi anak didikku Muhamad Nazrul (Johan BM SR) Muhammad Hafiz (Naib Johan BM SR). Beliau telah berjaya meletakkan diri di peringkat Negeri dengan mendapat tempat ke-3 di peringkar ke-3.
NUR NILAM (Tokoh NILAM Maran)
Memudahkan guru pembimbing Tokoh NILAM membuat carian maklumat.
Sunday, 12 September 2021
Wednesday, 26 April 2017
BINCANG : KEBERSIHAN DIRI PERLU MENJADI AMALAN SETIAP INDIVIDU BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP
BINCANG : KEBERSIHAN DIRI PERLU MENJADI AMALAN
SETIAP INDIVIDU BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP
Kebersihan
adalah sebahagian daripada iman, ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan,
sehingga agama menuntut manusia untuk menjaga kebersihan terutamanya diri
sendiri. Orang yang menjaga kebersihan lazimnya adalah orang yang sihat,
apabila sihat segala macam pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna.
Mengikut
kamus dewan online, kesejahteraan bermaksud keselamatan, kesenangan (hidup dll),
kesentosaan, ketenteraman, oleh yang demikian, pernahkah anda terfikir perkaitan
di antara kebersihan dengan kesejahteraan hidup. Dari sudut pandang saya
apabila seseorang yang menjaga kebersihan diri ia akan mewujudkan rasa selesa
dan tenteram orang yang berada di sekeliling mereka. Tambahan pula, keluarga atau
sahabat handaiakan berasa diri mereka selamat tanpa perlu kuatir tentang
sebarang penyakit berjangkit, tamsilnya taun, dan penyakit kulit.
Tahap kebersihan
diri menggambarkan seseorang itu peka lagi cakna terhadap banyak hal, termasuk
tugas dan tanggung jawab yang diberikan. Ianya menjamin penyakit tidak menular,
tamsilnya kurap, panau, selesema, ataupun penyakit lain yang disebabkan oleh
virus.
Menjaga kebersihan merupakan satu
amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai
sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting
dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau
kebersihan alam sekitar.
Dengan menjaga kebersihan, kesihatan
kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit
merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari
sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya
kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal
persekitaran.
Di samping itu, senario kebersihan
juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan
yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan
memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif
dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan.
Sekiranya kita menjaga kebersihan,
dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang
tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya,
dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.
Selain itu, menjaga kebersihan juga
penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam
persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh
itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan
nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa
tanpa sebarang gangguan.
Amalan kebersihan haruslah
dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga
akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya
pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga
kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang
lain. Kata-kata hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak
cergas.’’
Kebersihan diri amat penting dalam memperoleh
kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri.
BINCANG: PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AMAT PENTING DIPUPUK SEJAK SEKOLAH RENDAH.
BINCANG: PERPADUAN
DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AMAT PENTING DIPUPUK SEJAK
SEKOLAH RENDAH.
Perpaduan negara merujuk kepada
satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial,
agama, budaya, dan bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional
yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan di negara ini.
Memandangkan terdapat perbezaan yang begitu ketara dalam kalangan kaum, usaha
yang lebih positif perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang
bekerjasama, bertolak – ansur, tolong – menolong dan seterusnya bersatupadu.
Sejarah telah membuktikan, kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan
membawa kepada isu perkauman. Jika kita menyingkap kembali dasar pendidikan
negara pada zaman pemerintahan penjajah, memang dapati ada usaha pihak penjajah
untuk memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. Pihak penjajah mewujudkan
sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum sehingga membentuk semangat
perkauman yang menebal. Keadaan ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya
tragedi 13 Mei 1969.
Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama. Matlamatnya sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju negara.
Selain itu, perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar melalui penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur Gemilang. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama.
Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bangkitkan di sekolah dengan menekankan nilai – nilai rohani dan budaya bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai – nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK,SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan, pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika bersukan, makan di kantin atau semasa hari terbuka.
Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Melalui cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama dan persefahaman, serta sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.

(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada Memupuk Perpaduan
Dalam
Kalangan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006)
PERBINCANGAN : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PENGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA.
BINCANG : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK
MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PENGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA.
Sumber asal:
Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat
mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon
bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di
perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini
semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa
terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.
Salah satu daripadanya ialah kecanggihan
teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini
terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan
atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan
yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah
mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak
yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka.
Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan
komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang
diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat
menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh
mereka.
Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan
komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi
dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang
melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal
mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya
menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula,
mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah
itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin
banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial
dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk
berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan
aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial
seperti ‘Skype’. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan
putus walaupun tinggal berjauhan.
Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan
Internet untuk membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi
maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak
laman ‘blog’ yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran
di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam ‘blog’ tersebut, terdapat banyak cara
menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu
sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh
guru-guru cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini
akan sedikit sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman
mereka terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat
membuatkan seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik
lantas membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang.
Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini.
Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja
harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan
dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti
perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju lain.
BINCANG :SIKAP PEKA IBU BAPA MENJANA KECEMERLANGAN ANAK-ANAK

Anak adalah anugerah Illahi yang paling istimewa, mereka ibarat kain
putih, ibu bapa adalah orang yang berperanan dalam mencorakkannya…. Saya
percaya dan penuh yakin bahawa kepekaan ibu bapa terhadap anak-anak sangat
memainkan peranan penting. Kepekaan merujuk kepada keprihatinan terhadap
permasalahan, keperluan, keinginan, dan kehendak anak bagi menjana kecemerlangan mereka.
Dalam mendepani realiti baru era milenium yang pantas berubah dan
berkembang ini, anak-anak terdedah dengan pelbagai cabaran, tidak kurang
keinginan ibu bapa sendiri untuk melihat anak-anak berjaya dalam bidang yang
diceburi. Malah ada ibu bapa yang
sanggup menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, belajar piano, silat dan
sebagainya. Walaupun mereka terpaksa menghabiskan ribuan ringgit untuk memenuhi
keperluan dunia hari ini.
Yang paling utama dalam menunjukkan kepekaan ibu bapa ialah terapkan
disiplin dalam diri. Disiplin dapat melahirkan anak yang mempunyai
keinsanan yang syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah
kejayaan. Contohnya, seseorang pelajar atau anak yang ingin berjaya mestilah
rajin untuk mengulang kaji pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua
kerja sekolah yang diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin,
tidak mungkin seseorang pelajar dapat melakukan perkara-perkara tersebut.
Malahan, budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah dikikis demi
menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang merupakan
pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008
mendapat 20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan
kemiskinan yang membelenggu hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya,
disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang paling perdana iaitu
disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik semangat
dirinya untuk menggapai kejayaan.
Selain itu, ibu bapa juga perlu lebih peka untuk melahirkan sebuah
keluarga sakinah. dan anak yang cemerlang. Ibu bapa menggalas tanggung jawab
yang berat dalam sesebuah institusi keluarga. Jangan sesekali hidangkan
anak-anak dengan kemewahan kerana keinginan menunjukkan keprihatinan ibu bapa,
hingga sanggup memenuhi keinginan anak secara membabi buta. Tamsilnya saya
lebih suka merujuk kepada idola saya iaitu ibu bapa, bagaimana mereka mendidik saya hingga sampai ke tahap ini. Mereka
menyediakan keperluan dunia dan kerohaniaan yang seimbang. Penerapan keagamaan,
seperti solat, adab ketika bercakap dengan orang tua atau guru dan cara
berpakaian sangat berserdahana. Walaupun saya tahu mereka mampu memberikan
lebih kepada saya. Nilai menghargai apa
sahaja yang diperolehi sentiasa terkesan di hati saya.
Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya, ibu bapa bukan sahaja perlu
mendidik anak-anak, mereka juga perlu menyediakan segala keperluan serta
membesarkan anak-anak. Izharnya, ibu bapa juga hendaklah mempunyai disiplin
diri untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan melahirkan anak yang
membudayakan sifat-sifat mahmudah dan menghindari segala
unsur mazmumah..
Akhirulkalam, Kepekaan ibu bapa merupakan cerucuk utama pembangunan
kecemerlangan anak-anak kerana sikap keprihatinan dapat membina disiplin diri
yang mampu untuk mengadun satu kombinasi usaha yang cukup padu bagi membina
kegemilangan diri, keluarga dan negara. Siapa menyangka bahawa tangan yang
menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia. Perkara-perkara ini menunjukkan
bahawa anak-anak istimewa yang lahir dari orang yang berdidiplin dan
memiliki minda yang positif ialah orang yang tidak gentar akan perubahan
dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan tersebut. Dengan itu, sifat itu
dengan sendirinya mampu membina anak yang kreatif dasawarsa ini. Sekali
lagi ditegaskan kepekaan ibu bapa merupakan peranan utama dalam pentas
kehidupan dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sahaja di dunia,
malah di akhirat.
Tuesday, 25 April 2017
BINCANG : PERIBAHASA “ YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAK AKAN DATANG MELAYANG” DAPAT DIKAITKAN DENGAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG SEJAHTERA DAN HARMONI.
BINCANG : PERIBAHASA “ YANG BULAT TIDAK DATANG
BERGOLEK, YANG PIPIH TAK AKAN DATANG MELAYANG” DAPAT DIKAITKAN DENGAN
MASYARAKAT MALAYSIA YANG SEJAHTERA DAN HARMONI.
Berbicara tentang peribahasa “ yang bulat tidak
akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang” membawa
maksud rezeki perlu diusahakan dan tidak akan datang sendiri atau keuntungan
atas kemewahan datang dari pelbagai punca. Persoalannya, apakah perkaitan
peribahasa ini dengna kesejahteraan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Terutamanya
Negara kita yang tercinta, Malaysia.
Izinkan saya mengupas satu persatu diskusi kita
pada hari ini. Pada pandangan saya kita sebagai rakyat yang baik, kita tidak boleh hanya memeluk
tubuh menunggu kerajaan melancarkan suatu program atau memberi khidmat kepada
rakyat. Kita seharusnya lebih bersedia berubah dan mampu mengubah demi
kelansungan hidup dan hidup dalam tanah air yang sejahtera lagi harmoni.
MALAYSIA memiliki
komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa.
Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi
kedaulatan dan pembangunan negara.
Keharmonian yang
terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan
dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Menurut Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa
Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati
kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya
sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara,
serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Tambahan pula, konsep
1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum
merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Secara umumnya,
perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah
negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu
ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan
keamanan dan keharmonian negara.
Di kebanyakkan
negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah
membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi,
sosial dan juga politik negara berkenaan.
Pergolakan Kaum
Menggugat Kedaulatan Negara
Negara kita telah
pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di
kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.
Pada masa kini,
hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian besar
daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara
kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering
dipertikaikan.
Sebagai contoh, dalam
insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi
kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa
menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China
di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India
seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.
Walaupun terdapat
sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang
dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah menyebabkan
ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka
diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.
Pada satu sudut
yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah popular
yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi
unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu.
Tetapi Namewee
dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamannya yang tidak dilayan
dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu.
Filem kontroversinya
‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20% sebagaimana yang
dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang lain walaupun filem
tersebut berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenangi pelbagai
anugerah dan pengiktirafan di luar negara.
Ironinya, tiada
sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011), menyokong dan berkata
bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia.
Justeru, ia membuktikan
bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi persoalan besar dan
penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha telah
diambil.
Faktor-Faktor
Berlakunya Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum
Terdapat
faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas. Pertama sekali
merupakan faktor sistem pendidikan yang berasingan.
Rakyat Malaysia
terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai
bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini
sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya,
sekolah aliran kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
Justeru, majoriti
kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan
interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan
sangat-sangat terhad.
Persefahaman antara
satu sama lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan untuk
mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu
mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina.
Justeru, penubuhan
sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua,
2005:65). Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah
kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang
merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik
anak mereka juga menjauhi hubungan antara etnik.
Faktor yang kedua
ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai bahasa, budaya, agama,
kerakyatan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan
tertentu. Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu
sensitif tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat.
Setiap kaum akan
cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata.
Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang untuk
menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya
menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman.
Di samping itu,
perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah
rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan.
Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi
identiti diri mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan,
kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam.
Oleh itu, setiap
etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama
lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar.
Anggota etnik akan
memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja.
Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik
yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka
dalam kehidupan seharian.
Sebagai contohnya,
sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus
dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu.
Walaubagaimanapun,
cara tersebut tidak memberikan kesan yang diingini kerana masalah komunikasi
dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan
etnik-etnik tertentu akan wujud.
British telah
menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza semasa
Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah ditempatkan di sektor
pertanian yang berada di luar bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber tenaga
fizikal dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina pula
ditempatkan di sektor perdagangan atau perniagaan yang melibatkan teknologi
tinggi. Manakala kaum India pula terlibat dengan perladangan di estet getah dan
kelapa sawit. Agihan tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum
semakin ketara dan tidak seimbang.
Kaum Melayu dan
India akan berhadapan dengan kemiskinan manakala kaum Cina akan terus mencari
peluang-peluang perniagaan bagi mengukuhkan kemewahan mereka.
Perasaan tidak puas
hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan menyebabkan etnik-etnik
berusaha untuk mempertahankan hak-hak mereka serta kesaksamaan. Proses
mempertahankan hak tersebut akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing
mahu menjuarai perjuangan mereka.
Kesan-Kesan Akibat
Ketidakharmonian Antara Kaum
Hubungan
ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam
keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau
pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan
para pelabur.
Sekiranya, sesebuah
negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap
modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.
Kemerosotan ekonomi
akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana kehidupan
rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran
teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun
dari luar negara.
Malahan, taraf
hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal
yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting
dalam penjanaan ekonomi negara.
Mengancam
Keselamatan Negara
Pertahanan bagi
sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya,
hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu
menggugat keselamatan negara.
Hal ini demikian
kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan
mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan
sesebuah negara.
Negara yang kacau
bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar
yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang
untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.
Menjejaskan Imej
Negara
Bagi sebuah negara
yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej
negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama
sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.
Negara akan menjadi
mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan
mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar
untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian
negara lain.
Sebaliknya, jika
perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan
di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan
disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara
lain.
Hubungan antara
negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu
membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.
Langkah-Langkah
Bagi Mengatasi Ketidakharmonian Antara Kaum
Sepanjang sejarah
selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kaum telah
menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar
ke arah pembentukan integrasi nasional.
Antara dasar–dasar
dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan
Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga
Program 1 Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru
(DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa
berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca
tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil.
Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan
memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah.
Ia juga diwujudkan
untuk mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan
perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati dalam
masyarakat.
Bagi mengukuhkan
perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar
pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB
dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Objektifnya ialah
untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat
yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan
dan rukun negara.
Dasar Wawasan
Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan
untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan
antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek
politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun
2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana
masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil
dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Konsep 1Malaysia
telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1
Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.
Konsep ini juga
akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.”
Untuk mencapai
kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang
utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara
akan berjalan dengan lebih lancar.
Persefahaman kaum
juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara langkah yang
dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat
yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.
Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi
secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan
kemudahan lain di sekolah.
Mereka berpeluang
untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka
akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum
lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya
mempercepat integrasi nasional.
Selain itu,
pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan
keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional.
Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu
bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama,
berinteraksi dan bergaul mesra.
Dengan itu, mereka
akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam.
Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada
kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat
sendiri perlu turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara
berkekalan.
Media massa
merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan
efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan
media elektronik. Menurut L. John Martin, media massa merujuk kepada alat yang
mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih
moden.
Media dapat
menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan
dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media
memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki hubungan antara kaum yang
menjadi semakin buruk ini.
Media cetak seperti
surat khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat.
Dengan memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum
yang terdapat di dalam Negara kita dalam ruangan akhbar, orang ramai dapat
mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa
hormat-menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap
individu.
Di samping itu,
media elektronik seperti televisyen, radio, laman web dan lain-lain juga
merupakan satu peralatan yang dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai
dengan mudah. Media elektronik memainkan peranan dengan menayangkan iklan-iklan
yang boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
Sebagai contohnya,
kempen–kempen yang ingin dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk semangat
perpaduan haruslah dibantu oleh media elektronik kerana saluran ini adalah alat
yang berkesan dalam penyampaian maklumat pada zaman teknologi yang canggih ini.
Peranan ini
membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen berkenaan dan seterusnya
dapat merealisasikan hasrat kerajaan bagi menanam semangat perpaduan.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana
pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita
yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
Hubungan kaum yang
harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai
kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan
tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Justeru, masyarakat
perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan dan integriti.
Malaysia pada masa
sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan
kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebarang
kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan
secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan
akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah
diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.
(Ubah
saiz teks)

Read more at http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan/#Grme54JpB8emZeLw.99
Subscribe to:
Posts (Atom)
Johan Tokoh NILAM Daerah Maran (BMSR) -2017 dan
27 Julai 2017, PKG Bandar Jengka. Sekali lagi anak didikku Muhamad Nazrul (Johan BM SR) Muhammad Hafiz (Naib Johan BM SR). Beliau telah ber...
-
BINCANG : PERIBAHASA “ YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAK AKAN DATANG MELAYANG” DAPAT DIKAITKAN DENGAN MASYARAKAT MALAYSIA ...
-
TEMA : PERPADUAN TAJUK : RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP) DAN 1 MURID 1 SUKAN MERUPAKAN KEMPEN-KEMPEN YANG DIJALANKAN S...
-
TEMA : KEKELUARGAAN TAJUK: KASIH SAYANG AMAT PENTING DALAM MENJAMIN KEUTUHAN SESEBUAH KELUARGA. HURAIKAN Kasih sayang serta ...
-
BINCANG : KEBERSIHAN DIRI PERLU MENJADI AMALAN SETIAP INDIVIDU BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP Kebersihan adalah sebahagian daripada ...
-
TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN TAJUK : JOM FIT 1 MALLAYSIA MERUPAKAN SATU PROGRAM KECERGASAN SECARA BERKUMPULAN YANG MENDATANGKAN PELBA...
-
BINCANG: PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AMAT PENTING DIPUPUK SEJAK SEKOLAH RENDAH. Perpaduan negara meruj...
-
TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI TAJUK :HAKISAN TANAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA BERPUNCA KURANGNYA KAWALAN DAN PEMATUHAN DALAM PEMBUK...
-
BINCANG :SIKAP PEKA IBU BAPA MENJANA KECEMERLANGAN ANAK-ANAK Anak adalah anugerah Illahi yang paling istimewa, mereka ibarat kain putih...
-
BINCANG : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PENGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA. Sumber asal:...
-
TEMA : PATRIOTISME, KEWARGANEGARAAN DAN JATI DIRI TAJUK : PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN) BERTUJUAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTI...