Tuesday, 25 April 2017

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TAJUK :HAKISAN TANAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA BERPUNCA KURANGNYA KAWALAN DAN PEMATUHAN DALAM PEMBUKAAN KAWASAN-KAWASAN BAHARU SEHINGGA MENDATANGKAN PELBAGAI KEMUSNAHAN. HURAIKAN

Memetik kata-kata Prof. Dr. Shamsudin Jusop  pensyarah kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Jaga alam, alam akan memelihara anda. Itu antara nasihat yang disampaikan oleh beliau menyampaikan penerangan tentang cara menjaga alam daripada bencana alam. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jika diperhati, sikap tamak dan tidak menghormati alam sekitar sesetengah daripada kita sering menjadi punca kejadian bencana alam, misalnya hakisan tanah dan tanah runtuh.“Apa yang telah terjadi sebelum ini merupakan pertunjuk jika alam diganggu lambat atau cepat pasti akan memberi kesan yang negatif kepada manusia.
Pada tahun 2014, kita telah menyaksikan banjir besar yang melanda sebahagian besar Pantai Timur negara pada tahun itu, ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, harta benda juga nyawa.
Mengapakah kejadian banjir sering berlaku pada masa kini berbanding dahulu? Ini disebabkan oleh pembukaan kawasan tanah untuk tujuan pertanian secara tidak terkawal menjadi punca berlakunya degradasi tanah.
Pembukaan kawasan hutan secara berleluasa juga menyebabkan bumi semakin kurang berkemampuan untuk mengawal pengumpulan gas rumah hijau (GHG) di lapisan langit bumi.Sebagai penduduk dunia, kita memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan tersebut tidak terus berlaku.Kita perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan fenomena tersebut dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun ramai dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi tidak menyedari akan kepentingan memelihara alam sekitar.

Lebih menyedihkan ramai dalam kalangan kita merungut menyalahkan pihak tertentu kerana tidak sensitif dengan kesusahan yang dialami, walhal diri kita sendiri yang mencipta masalah tersebut!
 Kejadian banjir besar terutama di Kelantan dan Pahang  membuktikan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian serta penebangan hutan secara berleluasa memburukkan lagi keadaan.
Paras air yang tinggi sehingga mampu menenggelamkan rumah menyebabkan hampir 20,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Dalam pada itu, sebahagian besar kawasan pertanian di sebelah Pantai Timur negara turut mengalami kerosakan yang teruk menyebabkan petani mengalami kerugian yang besar.
Di kawasan tanah tinggi, penerokaan hutan untuk tujuan pembalakan serta dijadikan kawasan pertanian menyebabkan sebahagian besar kawasan tanah terdedah.
Kawasan yang terdedah terlalu lama akan menyebabkan sebahagian tanah terhakis dibawa air hujan yang lebat.
Tanah yang terhakis akan mengalir masuk ke sungai bersama aliran air hujan seterusnya berlaku pengumpulan lumpur dan mendapan yang menyebabkan sungai menjadi lebih cetek dan tidak lagi mampu menampung jumlah air yang banyak.
Lumpur dan segala mendapan yang mengalir laju seperti tsunami itu turut memusnahkan segala harta benda, bangunan, kawasan pertanian dan pelbagai lagi di sepanjang laluannya.
Lebih memburukkan keadaan, lumpur yang berwarna kuning kemerah-merahan tersebut mengandungi bahan kaolinitik, besi (Fe) dan aluminium (Al) yang tidak memiliki nilai pemakanan (nutrisi) diperlukan oleh tumbuhan.
Lapisan lumpur yang mengandungi mineral itu akan menyebabkan petani memerlukan kos yang tinggi bagi membaik pulih tanah pertanian yang diliputinya.
Bencana yang berlaku bukan hanya tertumpu di kawasan tanah tinggi malah turut berlaku di kawasan pantai.
Angin kencang membentuk ombak yang kuat setinggi dua hingga tiga meter (m) menyebabkan hakisan pantai berlaku dengan lebih teruk.
Laporan geologikal menyatakan selepas bertahun-tahun mengalami proses yang sama kini muara Sungai Kelantan contohnya telah mula berubah dan beralih beberapa kilometer jauhnya dari kedudukan asal.
Bagi membendung keadaan itu, kerajaan serta agensi yang terlibat perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam menanganinya.
Jika tiada sebarang tindakan diambil, pantai-pantai di sekitar Semenanjung Malaysia akan terhakis dengan lebih teruk menyebabkan kawasan bertanah dalam negara bakal berkurangan.
Hakisan tanah merupakan satu kerugian kepada negara kerana sesebuah kawasan itu akan mengalami kerosakan secara fizikal yang menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan di atasnya.



Kini telah terdapat undang-undang dan peraturan bagaimana untuk mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air di negara kita. Semua pemaju dan jurutera pembinaan perlu mempastikan dilakukan kawalan dalam mengatasi masaalah hakisan ini daripada peringkat awal dan proses ini perlu dilakukan berterusan sepannjang masa. Kerosakan infrastruktur seperti jalanraya yang runtuh menyebabkan bahaya kepada pengguna dan ia perlu dielakkan daripada berlaku . Dalam sektor pertanian, pembukaan hutan baru serta aktiviti penebangan kawasan perladangan estet secara luas juga perlu mengambil langkah mengatasi masaalah hakisan tanah. Jadual penebangan dan jadual penanaman perlu disesuaikan dengan keadaan cuaca agar kesan hakisan tidak akan menyebabkan tanah atas (top soil) hilang yang menjejaskan kesuburan tanah. Kaedah paling lazim dilakukan diestet adalah dengan Menanam Penutup Bumi. Jenis tanaman kekacang seperti Centro, Peuro, Calapo dan tanaman keledek hiasan sesuai digunakan mengikut kaedah pengurusan sesuai . Tanaman penutup bumi ini akan menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan. lazimnya bahagian akar mencengkam dan memegang butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air hujan kedalam parit.


Kawalan dengan Cara Membuat Teresjuga sesuai untuk mengawal hakisan tanah. Teres yang dibuat akan mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit sebaliknya melalui teres yang dibina dan melalui struktur aliran air yang dibina pada teres . Kini kaedah pembinaan teres mampu untuk memperlahankan masaalah kelajuan larian air. Teknik kawalan ke 3 adalah dengan Menanam Mengikut Kontor terutama dikawasan curam dengan henis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Tanaman yang ditanam mengikut kontor mampu untuk menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit. Paling asas adalah dengan Membuat Sungkupan pada diatas tanah. Ini dilakukan dengan meletak bahan sungkupan di permukaan tanah bagi melindungi permukaan tanah dari ditimpa hujan. Bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik silvershine dan bahan lain yang sesuai. Kebaikan sungkupan selain menghalang hakisan adalah ia boleh mengawal kelembapan tanah, meningkatkan bahan humus pada tanah dan menghalang pertumbuhan rumpai. Seterusnya mengawal hakisan dengan Menanam Secara Jalur iaitu teknik menanam merentasi lereng atau kawasan curam bagi menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam.
Akhir sekali kaedah kawalan hakisan adalah dengan cara Membina Sistem Peparitan dikawasan tertentu dimana parit ini akan membolehkan air hujan yang selalu berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit yang dibina. Bagaimana pun parit ini perlu direkabentuk dengan cara dan penggalian yang betil.

Hutan, kawasan tanah tinggi dan pantai mempunyai nilai komersial  dalam ekonomi Negara. Ia memberi sumber penting bagi pendapatan Negara. Mengeksploitasi sumber alam bermakna kita telah mengorbankan banyak aset negara yang bernilai. Bersamalah kita mematuhi tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi kepentingan dunia dan manusia sejagat.



No comments:

Post a Comment

Johan Tokoh NILAM Daerah Maran (BMSR) -2017 dan

 27 Julai 2017, PKG Bandar Jengka. Sekali lagi anak didikku Muhamad Nazrul (Johan BM SR) Muhammad Hafiz (Naib Johan BM SR). Beliau telah ber...