BINCANG: PERPADUAN
DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AMAT PENTING DIPUPUK SEJAK
SEKOLAH RENDAH.
Perpaduan negara merujuk kepada
satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial,
agama, budaya, dan bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional
yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan di negara ini.
Memandangkan terdapat perbezaan yang begitu ketara dalam kalangan kaum, usaha
yang lebih positif perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang
bekerjasama, bertolak – ansur, tolong – menolong dan seterusnya bersatupadu.
Sejarah telah membuktikan, kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan
membawa kepada isu perkauman. Jika kita menyingkap kembali dasar pendidikan
negara pada zaman pemerintahan penjajah, memang dapati ada usaha pihak penjajah
untuk memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. Pihak penjajah mewujudkan
sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum sehingga membentuk semangat
perkauman yang menebal. Keadaan ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya
tragedi 13 Mei 1969.
Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama. Matlamatnya sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju negara.
Selain itu, perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar melalui penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur Gemilang. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama.
Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bangkitkan di sekolah dengan menekankan nilai – nilai rohani dan budaya bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai – nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK,SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan, pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika bersukan, makan di kantin atau semasa hari terbuka.
Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Melalui cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama dan persefahaman, serta sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.

(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada Memupuk Perpaduan
Dalam
Kalangan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006)
No comments:
Post a Comment