BINCANG : KEBERSIHAN DIRI PERLU MENJADI AMALAN
SETIAP INDIVIDU BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP
Kebersihan
adalah sebahagian daripada iman, ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan,
sehingga agama menuntut manusia untuk menjaga kebersihan terutamanya diri
sendiri. Orang yang menjaga kebersihan lazimnya adalah orang yang sihat,
apabila sihat segala macam pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna.
Mengikut
kamus dewan online, kesejahteraan bermaksud keselamatan, kesenangan (hidup dll),
kesentosaan, ketenteraman, oleh yang demikian, pernahkah anda terfikir perkaitan
di antara kebersihan dengan kesejahteraan hidup. Dari sudut pandang saya
apabila seseorang yang menjaga kebersihan diri ia akan mewujudkan rasa selesa
dan tenteram orang yang berada di sekeliling mereka. Tambahan pula, keluarga atau
sahabat handaiakan berasa diri mereka selamat tanpa perlu kuatir tentang
sebarang penyakit berjangkit, tamsilnya taun, dan penyakit kulit.
Tahap kebersihan
diri menggambarkan seseorang itu peka lagi cakna terhadap banyak hal, termasuk
tugas dan tanggung jawab yang diberikan. Ianya menjamin penyakit tidak menular,
tamsilnya kurap, panau, selesema, ataupun penyakit lain yang disebabkan oleh
virus.
Menjaga kebersihan merupakan satu
amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai
sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting
dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau
kebersihan alam sekitar.
Dengan menjaga kebersihan, kesihatan
kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit
merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari
sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya
kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal
persekitaran.
Di samping itu, senario kebersihan
juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan
yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan
memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif
dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan.
Sekiranya kita menjaga kebersihan,
dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang
tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya,
dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.
Selain itu, menjaga kebersihan juga
penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam
persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh
itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan
nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa
tanpa sebarang gangguan.
Amalan kebersihan haruslah
dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga
akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya
pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga
kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang
lain. Kata-kata hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak
cergas.’’
Kebersihan diri amat penting dalam memperoleh
kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri.
No comments:
Post a Comment