Wednesday, 26 April 2017

BINCANG : KEBERSIHAN DIRI PERLU MENJADI AMALAN SETIAP INDIVIDU BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN HIDUP

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan, sehingga agama menuntut manusia untuk menjaga kebersihan terutamanya diri sendiri. Orang yang menjaga kebersihan lazimnya adalah orang yang sihat, apabila sihat segala macam pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna.

Mengikut kamus dewan online, kesejahteraan  bermaksud keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman, oleh yang demikian, pernahkah anda terfikir perkaitan di antara kebersihan dengan kesejahteraan hidup. Dari sudut pandang saya apabila seseorang yang menjaga kebersihan diri ia akan mewujudkan rasa selesa dan tenteram orang yang berada di sekeliling mereka. Tambahan pula, keluarga atau sahabat handaiakan berasa diri mereka selamat tanpa perlu kuatir tentang sebarang penyakit berjangkit, tamsilnya taun, dan penyakit kulit.

Tahap kebersihan diri menggambarkan seseorang itu peka lagi cakna terhadap banyak hal, termasuk tugas dan tanggung jawab yang diberikan. Ianya menjamin penyakit tidak menular, tamsilnya kurap, panau, selesema, ataupun penyakit lain yang disebabkan oleh virus.

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau
kebersihan alam sekitar.

Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal persekitaran.

Di samping itu, senario kebersihan juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan.

Sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya, dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menjaga kebersihan juga penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa sebarang gangguan.
Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.’’

Kebersihan diri amat penting dalam memperoleh kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri.

BINCANG: PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AMAT PENTING DIPUPUK SEJAK SEKOLAH RENDAH.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan di negara ini. Memandangkan terdapat perbezaan yang begitu ketara dalam kalangan kaum, usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, bertolak – ansur, tolong – menolong dan seterusnya bersatupadu. Sejarah telah membuktikan, kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan membawa kepada isu perkauman. Jika kita menyingkap kembali dasar pendidikan negara pada zaman pemerintahan penjajah, memang dapati ada usaha pihak penjajah untuk memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. Pihak penjajah mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum sehingga membentuk semangat perkauman yang menebal. Keadaan ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya tragedi 13 Mei 1969.

        Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama. Matlamatnya sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju negara.

        Selain itu, perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar melalui penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur Gemilang. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama.

        Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bangkitkan di sekolah dengan menekankan nilai – nilai rohani dan budaya bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai – nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK,SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan, pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika bersukan, makan di kantin atau semasa hari terbuka.

        Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Melalui cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama dan persefahaman, serta sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Memupuk Perpaduan 
Dalam Kalangan Pelajar, Dewan Siswa, Mac 2006)

PERBINCANGAN : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PENGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA.

BINCANG : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PENGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA.

Sumber asal:

Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.

     Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.

     Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti ‘Skype’. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.

     Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman ‘blog’ yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam ‘blog’ tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru  cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang.

     Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain.

BINCANG :SIKAP PEKA IBU BAPA MENJANA KECEMERLANGAN ANAK-ANAK

Anak adalah anugerah Illahi yang paling istimewa, mereka ibarat kain putih, ibu bapa adalah orang yang berperanan dalam mencorakkannya…. Saya percaya dan penuh yakin bahawa kepekaan ibu bapa terhadap anak-anak sangat memainkan peranan penting. Kepekaan merujuk kepada keprihatinan terhadap permasalahan, keperluan, keinginan, dan kehendak anak  bagi menjana kecemerlangan mereka.

Dalam mendepani realiti baru era milenium yang pantas berubah dan berkembang ini, anak-anak terdedah dengan pelbagai cabaran, tidak kurang keinginan ibu bapa sendiri untuk melihat anak-anak berjaya dalam bidang yang diceburi.  Malah ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, belajar piano, silat dan sebagainya. Walaupun mereka terpaksa menghabiskan ribuan ringgit untuk memenuhi keperluan dunia hari ini.

Yang paling utama dalam menunjukkan kepekaan ibu bapa ialah terapkan disiplin dalam diri. Disiplin dapat melahirkan anak yang mempunyai keinsanan yang syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan. Contohnya, seseorang pelajar atau anak yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang kaji pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua kerja sekolah yang diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin, tidak mungkin seseorang pelajar dapat melakukan perkara-perkara tersebut. Malahan, budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 mendapat   20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang membelenggu hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang paling perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik semangat dirinya untuk menggapai  kejayaan.            

Selain itu, ibu bapa juga perlu lebih peka untuk melahirkan sebuah keluarga sakinah.  dan anak yang cemerlang. Ibu bapa menggalas tanggung jawab yang berat dalam sesebuah institusi keluarga. Jangan sesekali hidangkan anak-anak dengan kemewahan kerana keinginan menunjukkan keprihatinan ibu bapa, hingga sanggup memenuhi keinginan anak secara membabi buta. Tamsilnya saya lebih suka merujuk kepada idola saya iaitu ibu bapa, bagaimana mereka mendidik  saya hingga sampai ke tahap ini. Mereka menyediakan keperluan dunia dan kerohaniaan yang seimbang. Penerapan keagamaan, seperti solat, adab ketika bercakap dengan orang tua atau guru dan cara berpakaian sangat berserdahana. Walaupun saya tahu mereka mampu memberikan lebih kepada saya.  Nilai menghargai apa sahaja yang diperolehi sentiasa terkesan di hati saya.
Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya, ibu bapa bukan sahaja perlu mendidik anak-anak, mereka juga perlu menyediakan segala keperluan serta membesarkan anak-anak. Izharnya, ibu bapa juga hendaklah mempunyai disiplin diri untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan melahirkan anak yang membudayakan  sifat-sifat  mahmudah dan menghindari segala unsur  mazmumah..
             
Akhirulkalam, Kepekaan ibu bapa merupakan cerucuk utama pembangunan kecemerlangan anak-anak kerana sikap keprihatinan dapat membina disiplin diri yang mampu untuk mengadun satu kombinasi usaha yang cukup padu bagi membina kegemilangan diri, keluarga dan negara. Siapa menyangka bahawa tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia. Perkara-perkara ini menunjukkan bahawa anak-anak istimewa yang lahir dari orang yang  berdidiplin dan memiliki  minda yang positif ialah orang  yang tidak gentar akan perubahan dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan tersebut. Dengan itu, sifat itu dengan sendirinya mampu membina anak yang kreatif dasawarsa ini.  Sekali lagi ditegaskan kepekaan ibu bapa merupakan peranan utama dalam pentas kehidupan dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Tuesday, 25 April 2017

BINCANG : PERIBAHASA “ YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAK AKAN DATANG MELAYANG” DAPAT DIKAITKAN DENGAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG SEJAHTERA DAN HARMONI.

Berbicara tentang peribahasa “ yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang” membawa maksud  rezeki perlu diusahakan  dan tidak akan datang sendiri atau keuntungan atas kemewahan datang dari pelbagai punca. Persoalannya, apakah perkaitan peribahasa ini dengna kesejahteraan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Terutamanya Negara kita yang tercinta, Malaysia.
Izinkan saya mengupas satu persatu diskusi kita pada hari ini. Pada pandangan saya kita sebagai rakyat  yang baik, kita tidak boleh hanya memeluk tubuh menunggu kerajaan melancarkan suatu program atau memberi khidmat kepada rakyat. Kita seharusnya lebih bersedia berubah dan mampu mengubah demi kelansungan hidup dan hidup dalam tanah air yang sejahtera lagi harmoni.
MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.
Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara
Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.
Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering dipertikaikan.
Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.
Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.
Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah popular yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu.
Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu.
Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20% sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di luar negara.
Ironinya, tiada sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia.
Justeru, ia membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha telah diambil.
Faktor-Faktor Berlakunya Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem pendidikan yang berasingan.
Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad.
Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina.
Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara etnik.
Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat.
Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman.
Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan, kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam.
Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar.
Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian.
Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu.
Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud.
British telah menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah ditempatkan di sektor pertanian yang berada di luar bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Agihan tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin ketara dan tidak seimbang.
Kaum Melayu dan India akan berhadapan dengan kemiskinan manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-peluang perniagaan bagi mengukuhkan kemewahan mereka.
Perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk mempertahankan hak-hak mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak tersebut akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu menjuarai perjuangan mereka.
Kesan-Kesan Akibat Ketidakharmonian Antara Kaum
Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.
Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.
Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar negara.
Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara.
Mengancam Keselamatan Negara
Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.
Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.
Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.
Menjejaskan Imej Negara
Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.
Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain.
Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain.
Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.
Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Ketidakharmonian Antara Kaum
Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional.
Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1 Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah.
Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat.
Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.
Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.
Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.
Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.
Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra.
Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan.
Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Menurut L. John Martin, media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden.
Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini.
Media cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat di dalam Negara kita dalam ruangan akhbar, orang ramai dapat mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap individu.
Di samping itu, media elektronik seperti televisyen, radio, laman web dan lain-lain juga merupakan satu peralatan yang dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan mudah. Media elektronik memainkan peranan dengan menayangkan iklan-iklan yang boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
Sebagai contohnya, kempen–kempen yang ingin dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan haruslah dibantu oleh media elektronik kerana saluran ini adalah alat yang berkesan dalam penyampaian maklumat pada zaman teknologi yang canggih ini.
Peranan ini membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen berkenaan dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan bagi menanam semangat perpaduan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.
  (Ubah saiz teks)

Read more at http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan/#Grme54JpB8emZeLw.99

Johan Tokoh NILAM Daerah Maran (BMSR) -2017 dan

 27 Julai 2017, PKG Bandar Jengka. Sekali lagi anak didikku Muhamad Nazrul (Johan BM SR) Muhammad Hafiz (Naib Johan BM SR). Beliau telah ber...