Tuesday, 25 April 2017

PERBINCANGAN : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PEMGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA.

PERBINCANGAN : KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN SEKIRANYA PEMGGUNA DAPAT MEMANFAATKANNYA.

Sumber asal:

Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.

     Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.

     Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti ‘Skype’. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.

     Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman ‘blog’ yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam ‘blog’ tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru  cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang.



     Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain.

TEMA : KEKELUARGAAN

TEMA :  KEKELUARGAAN

TAJUK: KASIH  SAYANG  AMAT  PENTING  DALAM  MENJAMIN  KEUTUHAN SESEBUAH KELUARGA. HURAIKAN

Kasih sayang serta perhatian merupakan suatu perkara yang dapat melembutkan hati remaja untuk melakukan perbuatan yang baik serta menghindari perbuatan negatif Anggota keluarga perlulah member kasih sayang serta tidak mengabaikan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh bersikap pilih kasih atau melebih- lebihkan anak yang lain. Hal ini akan mendorong hati remaja yang rapuh mencari perhatian di tempat lain dengan mengamalkan pergaulan bebas.
Anggota keluarga perlulah menjadikan abak-anak mereka berasa diri mereka dikasihi sehingga tidak sampai hati melukakan hati ahli keluarga mereka dengan melakukan perbuatan negatif. Perhatian yang diberikan oleh ahli keluarga akan mematahkan niat anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Tamsilnya, ahli keluarga boleh melakukan aktiviti bersama-sama di samping dapat meluangkan masa untuk anggota keluarga yang lain. Aktiviti seperti bercuti, berkelah dan berkebun boleh dilakukan dengan kekerapan yang konsisten dan bukan setahun sekali. 
Didikan agama juga merupakan salah satu aspek penting yang harus diajarkan kepada anak-anak supaya mereka menjadi individu yang lebih baik.
Setiap agama mengajarkan penganutnya supaya melakukan kebaikan. Jika utuh agama seseorang itu, nescaya utuh juga hatinya dan perbuatan negatif dapat dihindari.Solat merupakan tiang agama dan agama merupakan pegangan hidup. Ibu bapa perlu menitikberatkan soal agama dan member didikan agama yang cukup kepada anak-anak mereka. Mereka perlu dididik sejak kecil supaya pegangan agama dan prinsip mereka akan berkekalan sampai bila-bila seperti kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbekalkan agama yang kukuh, remaja akan tetap terus memegang prinsipnya dan tidak sesekali terpengaruh dengan budaya negatif pada masa ini.
Anggota keluarga juga perlu menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada anak-anak. Kita sering mendengar peribahasa mengatakan, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa ini jelas menggambarkan bahawa perlakuan anak- anak dipengaruhi oleh ibu bapa serta anggota keluarga yang lain. Anggota keluarga perlulah bersikap positif dan tidak menunjukkan sikap negatif terutamanya di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, apabila seorang bapa merokok di hadapan anaknya, hal ini demikian dapat meningkatkan keinginan anak untuk mencuba dan meniru apa-apa yang dilakukan oleh bapanya. Pada awalnya, mungkin perbuatan itu sekadar ingin dicuba dan semakin hari perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan dan akhirnya anak-anak menjerumuskan diri dalam penagihan dadah.

Peranan ahli keluarga yang seterusnya dalam menangani isu ini adalah dengan memberikan sokongan moral kepada anggota keluarga yang lain. Sokongan harus diberikan kepada apa-apa jua bidang atau perkara baik yang ingin dilakukan oleh remaja. Hal ini demikian dapat meningkatkan jati diri serta nilai murni yang terdapat dalam diri seseorang remaja. Sebagai anggota keluarga, kita mestilah memberikan sokongan yang penuh kepada ahli keluarga kita yang lain supaya mereka tahu bahawa mereka sepatutnya melakukan kebaikan, bukan kejahatan.

Sebagai pengitlakan, banyak pihak berperanan dalam menangani masalah gejala negatif remaja pada masa ini. Namun demikian, peranan dan tanggungjawab keluarga merupakan perkara yang paling penting dan harus diutamakan bagi mengatasi kekangan ini. Institusi keluarga yang kukuh akan mempengaruhi pemikiran serta perlakuan anak-anak khususnya anak yang sedang meningkat remaja. Anggota keluarga perlu mengambil berat dan memainkan peranan serta tanggungjawab agar negara dapat menghasilkan generasi yang berkualiti dan bebas daripada perbuatan negatif.


...............................................................................................................................

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG



Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian jenayah seperti kes pembunuhan, ragut, rogol serta kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Kejadian-kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat sayang-menyayangi dalam masyarakat antaranya sikap mengambil berat, prihatin dan saling-menghormati dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat penyayang hanya dapat dibentuk melalui persaan saling-menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang sekali gus mewujudkan masyarakat yang penyayang di nusa tercinta ini.
            
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti  gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak kerana ibu bapa merupakan insan terhampir dengan diri anak-anak.
            
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang di negara kita. Hal ini demikian kerana tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih sayang kepada binatang.  Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperi laku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu penyayang.
            
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dan tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Hal ini demikian menunjukkan keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta dilanda musibah. Ibu bapa janganlah sekali-kali menunjukkkan sikap zalim dan menindas atau menipu orang lain khususnya di hadapan anak-anak.  Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Jelas bahawa, semangat hormat-menghormati, bekerjasama dan saling-membantu dalam masyarakat  akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak yang juga merupakan ahli masyarakat.
            
Seterusnya, keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani juga amat perlu bagi melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil dari segi fizikal ialah keluarga cukup dari segi kewangan serta mampu menyediakan segala kemudahan dan keperluan hidup berumah tangga. Manakala keluarga yang stabil dari segi rohani ialah keluarga yang saling-menyayangi , hormat-menghormati serta saling-membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati budinya. Di samping itu juga, ibu bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hubungan yang renggang dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan anak-anak akan mencari ‘kasih sayang’ di luar rumah yang akhirnya akan menjahanam dan memusnahkan kehidupan mereka.
            
Masyarakat  penyayang juga dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Dengan menjadikan negara-negara lain sebagai contoh dan teladan seperti perang saudara yang berlaku di Somalia ditambah lagi dengan kebuluran yang berlaku, anak-anak dapat diajar tentang kepentingan amalan kasih sayang. Melalui kasih sayanglah pelbagai bantuan dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara-negara yang ditimpa bencana seperti bencana Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Jelas bahawa, hubungan silaturahim yang erat dapat melahirkan individu dan masyarakat yang penyayang.
            
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu dan sekali gus masyarakat yang penyayang di negara kita. Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan  peranan mereka semaksimum mungkin, namun dalam masa yang sama tidak mengamalkan sikap pilih bulu antara anak-anak. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah amalan kasih sayang yang berjaya dipraktikkkan  akan mampu mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah!, individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya melahirkan masyarakat serta bangsa yang terbilang.




TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TAJUK :HAKISAN TANAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA BERPUNCA KURANGNYA KAWALAN DAN PEMATUHAN DALAM PEMBUKAAN KAWASAN-KAWASAN BAHARU SEHINGGA MENDATANGKAN PELBAGAI KEMUSNAHAN. HURAIKAN

Memetik kata-kata Prof. Dr. Shamsudin Jusop  pensyarah kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Jaga alam, alam akan memelihara anda. Itu antara nasihat yang disampaikan oleh beliau menyampaikan penerangan tentang cara menjaga alam daripada bencana alam. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jika diperhati, sikap tamak dan tidak menghormati alam sekitar sesetengah daripada kita sering menjadi punca kejadian bencana alam, misalnya hakisan tanah dan tanah runtuh.“Apa yang telah terjadi sebelum ini merupakan pertunjuk jika alam diganggu lambat atau cepat pasti akan memberi kesan yang negatif kepada manusia.
Pada tahun 2014, kita telah menyaksikan banjir besar yang melanda sebahagian besar Pantai Timur negara pada tahun itu, ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, harta benda juga nyawa.
Mengapakah kejadian banjir sering berlaku pada masa kini berbanding dahulu? Ini disebabkan oleh pembukaan kawasan tanah untuk tujuan pertanian secara tidak terkawal menjadi punca berlakunya degradasi tanah.
Pembukaan kawasan hutan secara berleluasa juga menyebabkan bumi semakin kurang berkemampuan untuk mengawal pengumpulan gas rumah hijau (GHG) di lapisan langit bumi.Sebagai penduduk dunia, kita memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan tersebut tidak terus berlaku.Kita perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan fenomena tersebut dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun ramai dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi tidak menyedari akan kepentingan memelihara alam sekitar.

Lebih menyedihkan ramai dalam kalangan kita merungut menyalahkan pihak tertentu kerana tidak sensitif dengan kesusahan yang dialami, walhal diri kita sendiri yang mencipta masalah tersebut!
 Kejadian banjir besar terutama di Kelantan dan Pahang  membuktikan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian serta penebangan hutan secara berleluasa memburukkan lagi keadaan.
Paras air yang tinggi sehingga mampu menenggelamkan rumah menyebabkan hampir 20,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Dalam pada itu, sebahagian besar kawasan pertanian di sebelah Pantai Timur negara turut mengalami kerosakan yang teruk menyebabkan petani mengalami kerugian yang besar.
Di kawasan tanah tinggi, penerokaan hutan untuk tujuan pembalakan serta dijadikan kawasan pertanian menyebabkan sebahagian besar kawasan tanah terdedah.
Kawasan yang terdedah terlalu lama akan menyebabkan sebahagian tanah terhakis dibawa air hujan yang lebat.
Tanah yang terhakis akan mengalir masuk ke sungai bersama aliran air hujan seterusnya berlaku pengumpulan lumpur dan mendapan yang menyebabkan sungai menjadi lebih cetek dan tidak lagi mampu menampung jumlah air yang banyak.
Lumpur dan segala mendapan yang mengalir laju seperti tsunami itu turut memusnahkan segala harta benda, bangunan, kawasan pertanian dan pelbagai lagi di sepanjang laluannya.
Lebih memburukkan keadaan, lumpur yang berwarna kuning kemerah-merahan tersebut mengandungi bahan kaolinitik, besi (Fe) dan aluminium (Al) yang tidak memiliki nilai pemakanan (nutrisi) diperlukan oleh tumbuhan.
Lapisan lumpur yang mengandungi mineral itu akan menyebabkan petani memerlukan kos yang tinggi bagi membaik pulih tanah pertanian yang diliputinya.
Bencana yang berlaku bukan hanya tertumpu di kawasan tanah tinggi malah turut berlaku di kawasan pantai.
Angin kencang membentuk ombak yang kuat setinggi dua hingga tiga meter (m) menyebabkan hakisan pantai berlaku dengan lebih teruk.
Laporan geologikal menyatakan selepas bertahun-tahun mengalami proses yang sama kini muara Sungai Kelantan contohnya telah mula berubah dan beralih beberapa kilometer jauhnya dari kedudukan asal.
Bagi membendung keadaan itu, kerajaan serta agensi yang terlibat perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam menanganinya.
Jika tiada sebarang tindakan diambil, pantai-pantai di sekitar Semenanjung Malaysia akan terhakis dengan lebih teruk menyebabkan kawasan bertanah dalam negara bakal berkurangan.
Hakisan tanah merupakan satu kerugian kepada negara kerana sesebuah kawasan itu akan mengalami kerosakan secara fizikal yang menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan di atasnya.



Kini telah terdapat undang-undang dan peraturan bagaimana untuk mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air di negara kita. Semua pemaju dan jurutera pembinaan perlu mempastikan dilakukan kawalan dalam mengatasi masaalah hakisan ini daripada peringkat awal dan proses ini perlu dilakukan berterusan sepannjang masa. Kerosakan infrastruktur seperti jalanraya yang runtuh menyebabkan bahaya kepada pengguna dan ia perlu dielakkan daripada berlaku . Dalam sektor pertanian, pembukaan hutan baru serta aktiviti penebangan kawasan perladangan estet secara luas juga perlu mengambil langkah mengatasi masaalah hakisan tanah. Jadual penebangan dan jadual penanaman perlu disesuaikan dengan keadaan cuaca agar kesan hakisan tidak akan menyebabkan tanah atas (top soil) hilang yang menjejaskan kesuburan tanah. Kaedah paling lazim dilakukan diestet adalah dengan Menanam Penutup Bumi. Jenis tanaman kekacang seperti Centro, Peuro, Calapo dan tanaman keledek hiasan sesuai digunakan mengikut kaedah pengurusan sesuai . Tanaman penutup bumi ini akan menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan. lazimnya bahagian akar mencengkam dan memegang butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air hujan kedalam parit.


Kawalan dengan Cara Membuat Teresjuga sesuai untuk mengawal hakisan tanah. Teres yang dibuat akan mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit sebaliknya melalui teres yang dibina dan melalui struktur aliran air yang dibina pada teres . Kini kaedah pembinaan teres mampu untuk memperlahankan masaalah kelajuan larian air. Teknik kawalan ke 3 adalah dengan Menanam Mengikut Kontor terutama dikawasan curam dengan henis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Tanaman yang ditanam mengikut kontor mampu untuk menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit. Paling asas adalah dengan Membuat Sungkupan pada diatas tanah. Ini dilakukan dengan meletak bahan sungkupan di permukaan tanah bagi melindungi permukaan tanah dari ditimpa hujan. Bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik silvershine dan bahan lain yang sesuai. Kebaikan sungkupan selain menghalang hakisan adalah ia boleh mengawal kelembapan tanah, meningkatkan bahan humus pada tanah dan menghalang pertumbuhan rumpai. Seterusnya mengawal hakisan dengan Menanam Secara Jalur iaitu teknik menanam merentasi lereng atau kawasan curam bagi menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam.
Akhir sekali kaedah kawalan hakisan adalah dengan cara Membina Sistem Peparitan dikawasan tertentu dimana parit ini akan membolehkan air hujan yang selalu berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit yang dibina. Bagaimana pun parit ini perlu direkabentuk dengan cara dan penggalian yang betil.

Hutan, kawasan tanah tinggi dan pantai mempunyai nilai komersial  dalam ekonomi Negara. Ia memberi sumber penting bagi pendapatan Negara. Mengeksploitasi sumber alam bermakna kita telah mengorbankan banyak aset negara yang bernilai. Bersamalah kita mematuhi tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi kepentingan dunia dan manusia sejagat.



TEMA : PERPADUAN

TEMA : PERPADUAN

TAJUK : RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP) DAN 1 MURID 1 SUKAN MERUPAKAN KEMPEN-KEMPEN YANG DIJALANKAN SI SEKOLAH YANG BERTUJUAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM. HURAIKAN. 

Rancangan Integrasi Murid Untuk  Perpaduan (RIMUP) adalah dasar  kementerian yang mula diperkenalkan sejak 1986 lagi di sekolah rendah, kemudian ianya diperluaskan hingga ke peringkat menengah Pendekatan sempurna lebih ketat dan sarat dengan mesej perpaduan ini diyakini memberi impak langsung kepada agenda perpaduan kaum secara holistik. Banyak perkara telah ditambah baik dan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang pelajar dan guru menterjemahkan dasar.
Berbeza dengan dasar 1 murid 1 sukan wujud bermula tahun 2011, yang mana mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Perlu diingatkan bahawa sukan juga adalah salah satu saluran penting dalam memupuk perpaduan.
Kombinasi 2 program ini, bila dilaksanakan secara sederap akan mengeratkan pertalian silaturrahim antara anak-anak di samping memupuk semangat bersaing yang sihat. Peranan besar menyatukan murid-murid di bawah satu paying bakal mendokong aspirasi 1 Malaysia yang, sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Seterusnya ia akan menjamin keperntingan bersama.
Memetik laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyatakan, pemantauan itu membabitkan sekolah menengah kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai komposisi murid pelbagai etnik. Berdasarkan pemantauan itu, didapati sekolah yang melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan perpaduan dapat dilihat melalui interaksi dan tingkah laku murid dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kokurikulum. Pemerhatian mendapati, 84.6 peratus atau 66 sekolah sudah melaksanakan lima kategori RIMUP dan secara rawak di 10 bilik darjah setiap sekolah menunjukkan 73.1 peratus atau 57 sekolah sudah melaksanakan susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik. Dalam perkembangan lain, interaksi murid adalah positif dengan 87.2 peratus atau 68 sekolah menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi ketika pembelajaran, kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu, kementerian ini turut merancang membangunkan strategi dan pelan tindakan bagi mengukuhkan penerapan dan amalan nilai perpaduan di bilik darjah dan juga aktiviti kokurikulum. Selain itu, pembabitan ibu bapa dan komuniti dalam program seperti ini akan dipertingkatkan lagi bagi memastikan perpaduan dan semangat patriotisme terus diamalkan dalam kalangan murid semasa serta selepas waktu persekolahan. Ingin saya tegaskan program RIMUP ini mempunyai hala tuju jelas menyatupadukan pelajar berbilang kaum di negara ini.


Ini termasuk pengisian program kecemerlangan akademik menerusi pelaksanaan aktiviti seperti seminar, kuiz, debat perpaduan, sayembara perpaduan dan pertandingan fotografi. Model pupuk perpaduan Kita perlu menaruh keyakinan bahawa program ini mampu menjadi model untuk memupuk perpaduan yang penting untuk membantu mengekalkan kestabilan, kemajuan dan tamadun di negara ini. Saya melihat RIMUP ini mampu memberi nilai tambah Program ini juga boleh diadakan di sekolah aliran Cina dan arus perdana (SK) secara giliran. Malah, amalan kunjung mengunjung rakan pelbagai bangsa pada musim perayaan itu adalah praktikal mudah menyatupadukan rakyat Malaysia secara berkesan. Kementerian optimis mampu terus memperkasakan lagi temasya program RIMUP secara berkala pada masa hadapan demi merealisasikan agenda penyatuan kaum secara kukuh. Keyakinan ini perlu disahut pelbagai pihak khususnya ibu bapa, badan bukan kerajaan dan pemimpin komuniti. Saya tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan media sosial adalah penyebab utama meruntuhkan benteng perpaduan negara khususnya masyarakat pelajar dan guru di sekolah. Kita mampu menangani ancaman ini daripada menguasai negara yang cukup memberikan kesan buruk. Media sosial boleh digunakan untuk tujuan lebih positif seperti pendedahan program RIMUP di sekolah dalam negara ini. Kesan yang baik ini mampu menjana kecemerlangan institusi perpaduan kaum. Paling penting keikhlasan hati setiap insan membantu kerajaan menyatukan kaum berbilang bangsa. Kita mampu melakukan sesuatu yang lebih baik asalkan diri ini mempunyai keikhlasan hati dengan sentiasa berbaik sangka satu sama lain dan terus menyokong dasar holistik kementerian ini secara menyeluruh.   

Selanjutnya di : 
http://www.bharian.com.my/node/90742
Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti perpaduan dengan cara dan amalan ke arah menjadi rakyat yang bersatu padu dan hidup makmur pada masa hadapan.
Perpaduan perlu diperkasakan dengan aktiviti bermanfaat yang boleh membuatkan mereka bersama-sama menyemai bibit-bibit perpaduan, sebagai contoh 1Murid 1 Sukan. Usaha memupuk perpaduan ini mesti bermula dari awal kerana pada masa itulah generasi muda belum ada perasaan prejudis terhadap kawan-kawan daripada keturunan dan agama yang berbeza. Ia bagi mengelak sikap segelintir ibubapa yang merosakkan pemikiran anak-anak dengan menyemai perasaan dan pemikiran yang tidak elok. Ini tidak baik untuk masa depan negara dan masa depan perpaduan. Ibubapa seharusnya menyokong supaya anak-anak mereka mengambil bahagian (dalam menjayakan perpaduan). Kita mesti berjaya dan suasana masa hadapan mesti lebih baik dari sekarang

                  Empat objektif utama RIMUP ialah menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama, mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah selain berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas.
                  Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama lebih daripada 50 tahun kebelakangan ini.
Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukanan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini. Semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf  dunia akan dilahirkan pada masa akan datang tanpa mengetepikan semangat, ukhuwah antara kaum yang telah lama subur di hati rakyat Malaysia.


TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TEMA : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

TAJUK : JOM FIT 1 MALLAYSIA MERUPAKAN SATU PROGRAM KECERGASAN SECARA BERKUMPULAN YANG MENDATANGKAN PELBAGAI FAEDAH. HURAIKAN

Jom Fit 1 Malaysia adalah satu program yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk menggalak dan memudahkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, adalah menjadi aspirasi kementerian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan – sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan sukan di persada antarabangsa. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersenam agar sentiasa sihat. Aktiviti-aktiviti menarik seperti senamrobik, larian, berbasikal dan pelbagai lagi telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara.
Bagaimana lahirnya Fit Malaysia?. Ini adalah hasil daripada kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan 2009. Ia mendedahkan kepada kita bahawa tahap budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah iaitu sekitar 30 peratus berbanding dengan kesedaran rakyat di negara-negara maju. Kajian ini dikuatkan lagi dengan peningkatan kadar obesiti dalam kalangan rakyat khususnya kaum wanita pada masa itu.
Meskipun secara umum, rakyat Malaysia berminat dan mengambil peduli tentang perkembangan pasukan kebangsaan serta sukan komersial antarabangsa, namun penglibatan masyarakat dalam bidang sukan kurang memberangsangkan.
Menyedari perkembangan kurang baik ini, Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan sebuah gerakan besar-besaran di seluruh negara yang dinamakan sebagai Fi tMalaysia. Tujuan utama kempen ini adalah untuk membawa Malaysia daripada sebuah negara pencinta sukan kepada negara bersukan, selain mendidik lebih 28 juta rakyat untuk membuat perubahan menyeluruh terhadap gaya hidup yang diamalkan selama ini.
Umumnya, masyarakat mempunyai persepsi bahawa amalan kecergasan dan bersukan hanya tertumpu kepada atlet dan golongan tertentu. Tahap kesedaran untuk mengamalkan rutin dan pemakanan yang sihat amat rendah berikutan komitmen terhadap pekerjaan, keluarga dan faktor usia.
FitMalaysia memberi fokus bukan sahaja terhadap amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal, berlari, berjalan dan bersenam secara mingguan.
Bukan itu sahaja, pendekatan Fit Malaysia lebih bersifat komuniti sentral di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak semestinya memerlukan fasiliti atau peralatan khusus tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada berseorangan atau berkumpulan. Malah, ia juga tidak memerlukan masa yang lama serta kos tinggi.
Pada kempen itu, selain acara larian dan kayuhan basikal, terdapat pelbagai aktiviti riadah lain yang diadakan seperti senamrobik, papan selaju, seni mempertahankan diri dan berkasut roda yang turut disertai oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
Namun masa kian berubah, sejajar dengan program Fit Malaysia,bersenam dan bersukan telah menjadi “trend” masa kini kepada semua masyarakat di Malaysia . Terdapat pelbagai jenis senaman dan aktiviti sukan seperti “sit – up”, berbasikal, “jogging”, bermain badminton dan lain – lain lagi. Namun begitu, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang hanya memandang ringan dan tidak ambil peduli tentang kepentingan aktiviti senaman ini. Di bawah ini saya sertakan beberapa kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian.
            Kepentingan yang pertama ialah, dengan bersenam kita dapat mengisi masa lapang yang ada. Selain itu, bersenam juga boleh dijadikan sebagai hobi. Contohnya, jika kita mempunyai kelapangan masa, kita boleh melakukan aktiviti bersenam di gimnasium, taman – taman yang berdekatan dengan rumah dan sebagainya. Namun begitu, jika kita mempunyai jadual kerja atau jadual harian yang ketat, kita boleh melakukan senaman ringan seperti aktiviti regangan badan yang berupaya memberikan kelegaan setelah penat bekerja seharian.  Di samping itu, senaman juga dapat menghindarkan kita daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral dan tidak sihat. Tambahan lagi, bersenam dapat membentuk kita menjadi lebih berdisiplin kerana setiap senaman menpunyai urutan langkah yang tertentu, jadi kita perlu mengikut langkahnya satu – persatu supaya senaman tidak mendatangkan kecederaan kepada kita.
Kepentingan bersenam yang kedua ialah dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita tahu, semua orang amat sibuk pada hari bekerja dan kadang – kadang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan yang tercinta. Dengan melakukan aktiviti bersenam bersama – sama pada hujung minggu,  hubungan yang renggang itu tadi akan kembali erat. Contohnya, kita boleh melakukan aktiviti “jogging” bersama keluarga atau rakan – rakan di taman rekreasi. Tambahan lagi, kita berkongsi kemudahan alatan senaman di taman rekreasi dengan masyarakat sekeliling. Dengan itu, kita boleh berkenalan dan beramah – mesra bersama mereka.
Kepentingan yang ketiga ialah, aktiviti senaman ini juga dapat menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas. Contohnya, setiap kali kita melakukan senaman, badan kita akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, garam yang berlebihan didalam badan dapat dikeluarkan. Selain itu, bersenam juga dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kita dapat meningkatkan daya tahan kardivaskular dengan melakukan aktiviti larian seperti “jogging” dan lari jalan kaki. Oleh itu, kesihatan jantung kita akan sentiasa terjamin jika kita kerap melakukan senaman ini. Selain itu bagi kaum wanita, senaman juga boleh membentuk tubuh badan yang langsing dan fleksibel.  Wanita perlu menjaga badan dan kesihatan masing – masing supaya rumah tangga aman bahagia dan dapat menjaga orang lain dengan sempurna.
Selain daripada itu Sukan sudah menjadi satu gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari ini.Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental seseorang.Sukan juga dapat memupuk semangat kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan bidang sukan kepada negara.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata pepatah "otak yang cergas terletak pada badan yang sihat". Dengan badan sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.

 

Menurut pandangan  Islam tentang bersenam dan bersukan pula adalah
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas nas berikut:-
1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt: Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan�� (60 : al-Anfal)
2) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis yang bermaksud: Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya Kenapa kamu tidak memanah? Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka? Nabi saw menjawab Memanahlah, aku bersama kamu semua. (Hr Bukhari sahih)
Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang betapa pentingnya aktiviti bersenam kepada manusia. Tambahan lagi, sekarang ini di Malaysia sudah ramai orang yang menghidap obesiti kerana faktor pemakanan. Dengan itu, aktiviti bersenam ini juga boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah obesiti di samping mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika semua masyarakat bersenam, maka otak akan menjadi cerdas, hasil daripada tubuh badan yang sihat dan cergas.
Kesimpulannya, program Fit Malaysia adalah bersifat serampang dua mata, iaitu walaupun pada asalnya ia adalah untuk melahirkan generasi yang cergas dan cerdas, namun kini hasilnya telah dapat dilihat seperti Malaysia telah menghasilkan atlet paralimpik bertaraf dunia dan pelumba basikal seperti Azizul Hasni. Mungkin suatu hari kita mempunyai lebih ramai atlet bertaraf dunia.

 


Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan: Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.


TEMA : PATRIOTISME, KEWARGANEGARAAN DAN JATI DIRI

TEMA : PATRIOTISME, KEWARGANEGARAAN DAN JATI DIRI

TAJUK : PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN) BERTUJUAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA. HURAIKAN.

Program Latihan Khidmat Negara merupakan hasil cetusan idea daripada Kongres Patriotisme 2002. Pada mulanya ia dikenali sebagai kerahan tenaga, namun selepas mendapat pandangan daripada beberapa pihak, ianya ditukar kepada program Khidmat Negara. Akhirnya pada tanggal 16 Februari 2004 PLKN telah dilancarkan. PLKN berbeza dengan kerahan tenaga kerana PLKN menggunakan acuan sendiri yang disesuaikan dengan keadaan social, budaya dan ekonomi nega kita yang tercinta. Ini kerana PLKN ini mencakupi 30 % latihan ala tentera dan 70 % khidmat kepada masyarakat.

Program ini mensasarkan remaja lepasan SPM , dalam mengurangkan gejala negatif yang semakin menular dan menghidupkan semula semangat patriotisme yang kian pudar.  Ini disebabkan oleh perubahan masa, yang mana anak watan sekarang kurang mengerti erti kesusahan dan penderitaan orang-orang terdahulu memperoleh kemerdekaan dan mencetus kemajuan negara Malaysia yang tercinta. Persoalannya, bagaimanakah PLKN boleh memupuk semangat patriotisme?

Kerajaan telah merancang dengan teliti segala pendekatan dan kaedah yang bersesuaian, iaitu mereka telah membina modul Kenegaraan, Buktinya, menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara, sebanyak 82% remaja memiliki semangat patriotism dan jati diri yang tinggi selepas menamatkan sesi Kem PLKN. Modul Kenegaraan ini sebenarnya berkait rapat dengan hal-hal kerajaan, kedaulatan Negara dan cabaran yang bakal mereka hadapi dari dalam dan luar negara.

Program Latihan Khidmat Negara bakal melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air. Golongan muda hari ini sudah pudar semangat cinta akan air kerana kemewahan hidup, keamanan, dan kemudahan yang cukup, telah melalaikan mereka. Oleh itu semangat cinta akan tanah air perlu diterapkan dengan kaedah yang lebih berkesan supaya jiwa golongan remaja kembali diisi dengan semangat patriotisme yang tinggi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, program ini merupakan satu kaedah yang sesuai untuk melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air.

Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara. Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti. Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Jika ditinjau dari sisi lain, program ini melibatkan pelbagai kaum, yang mana dapat memperkukuhkan integrasi nasional. Ini bagi memastikan fenomena hitam, iaitu tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi. Perhimpunan anak muda dari pelbagai latar belakang sosial dan agama ini merupakan satu wadah menyuburkan semangat perpaduan dan sayangkan tanah kelahiran mereka. Ini kerana mereka akan bersama menjalankan aktiviti dan tinggal di bawah satu bumbung dan ditanak dengan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Ini mengingatkan saya kepada slogan Bersatu Teguh Bercerai Kita Roboh.

               Program Latihan Khidmat Negara akan membentuk disiplin dalam kalangan peserta iaitu golongan remaja. Program ini dikendalikan dalam bentuk separa ketenteraan serta menerapkan sebahagian cara hidup seorang anggota pasukan keselamatan. Disiplin yang agak ketat bakal membentuk masyarakat yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada mereka, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah bentuknya. Masyarakat yang memiliki disiplin yang baik, bakal mengurangkan masalah kerajaan dalam menangani gejala sosial, seperti penagihan dadah, gangsterisme, buli, peras ugut, dan sebagainya. Golongan remaja perlu diterapkan dengan disiplin yang baik kerana mereka sering terdedah kepada unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh yang tidak sihat, Jadi, program berkenaan dapat membentuk remaja dengan disiplin yang utuh.

Program Latihan Khidmat Negara juga akan mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Gejala sosial berlaku apabila golongan remaja menghabiskan waktu dengan cara melepak bersama-sama rakan di tempat-tempat awam. Remaja lepasan sekolah biasanya mempunyai masa terluang yang banyak sementara menanti peluang melanjutkan pelajaran atau memenuhi pasaran kerja. Oleh yang demikian, mereka memerlukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan masa diisi dengan berfaedah sebelum mereka terjerumus ke kancah gejala sosial yang lebih parah, atau sebelum kudis menjadi tokak. Dengan adanya program ini, golongan remaja yang terpilih akan ditempatkan di kem latihan sepenuh masa selama tiga bulan. Oleh itu pergerakan mereka akan terhad di sekitar kawasan yang dikhususkan kepada mereka. Peserta tidak dibenarkan keluar dan menghabiskan masa di luar tanpa tujuan. Hasilnya, gejala sosial dapat dibendung dengan jayanya jika golongan remaja menyertai program berkenaan. 

Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja.
Deduksinya, PLKN seharusnya diteruskan, kerana ianya memberi  banyak manfaat kepada golongan muda, khususnya dan rakyat jelata, umumnya. Tonggak Negara perlu dibentuk dengan dengan jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi bagi memenuhi aspirasi Negara dan meneruskan kelangsungan sebuah n egara merdeka yang berdaulat.



SEMANGAT DAYA SAING DAN JUANG YANG TINGGI

5 SIKAP UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN!

Anda ingin mencapai kecemerlangan dalam pelajaran? Sudah tentu, bukan? Tetapi, ingatlah, kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hanya akan diperoleh dengan usaha yang gigih dan terancang, serta keazaman yang kuat.
Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu, demi mencapai kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Ciri-ciri itu boleh diringkaskan sebagai A, B, C, D dan E. Tahukah anda apakah maksud setiap huruf itu?

A - Attitude/Sikap

  • Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif.
  • Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran.
  • Bertanya apabila tidak faham dan menjawab soalan apabila ditanya oleh gurunya, sewaktu di dalam kelas.
  • Mendengar dengan teliti ketika guru mengajar.
             Image 1

B - Belief/Kepercayaan

  • Mempercayai bahawa anda ada kebolehan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Yakin bahawa anda boleh lulus dalam peperiksaan dengan baik.
  • Berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar.
             Image 2

C - Confidence/Keyakinan

  • Berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan.
  • Yakin bahawa anda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
  • Sering bertanya apabila dia tidak memahami kandungan pelajaran yang guru sampaikan, dan mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.
          Image 3

D - Determination/Keazaman 
  • Keazaman yang kuat mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun.
  • Tidak cepat berputus asa, dan menganggap kegagalan sebagai satu cabaran. Dia akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan, memperbanyakkan membaca dan memenuhi masa lapang dengan mengulangkaji.
           Image 4

E - Enthusiasm/Semangat 

  • Tidak pernah menangguhkan segala kerja sekolah.
  • Membuat ulang kaji pelajaran sejak awal lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
  • Projek sekolah juga akan disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.
  • Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.
            Image 5

Johan Tokoh NILAM Daerah Maran (BMSR) -2017 dan

 27 Julai 2017, PKG Bandar Jengka. Sekali lagi anak didikku Muhamad Nazrul (Johan BM SR) Muhammad Hafiz (Naib Johan BM SR). Beliau telah ber...